Ex-H5p2-ianS

Camera..ACTION!!!

Tuesday, August 23, 2005

be careful...

Rasulullah S.A.W bersabda yang pada akhir zaman ini, umat Islam akan dikerumuni oleh musuh - musuhnya. Jadi, salah satu caranya ialah dengan melakukan apa yang afid dedahkan ni lah. Ada banyak lagi kejahatan yang dilakukan, pendebat Islam terkenal, Sheikh Ahmad Deedat telah menunjukkan banyak bukti yang agama Islam ini telah dipermainkan. Antaranya, musuh - musuh Islam, mengeluarkan buku yang di depannya bertulis Al- Kitab yang bermaksud Kitab Bible tapi dihiasi dengan tulisan khat arab yang merupakan seni yang paling popular dalam umat Islam. Sebagai seorang Islam, kita menghargai segala yang ditulis dalam seni khat dan Arab kerana itu bahasa kitab kita dan merupakan seni agama kita. Kita akan menyimpannya, apalagi ia bertulis nama Allah dan Rasulullah S.A.W. Inilah psikologi yang digunakan oleh musuh Islam untuk mengelirukan umat Islam. Tak sangka kan?

Sekarang mereka menggunakan keganasan pengganas sebagai satu cara untuk menghina agama Islam. Padahal yang melakukannya adalah orang Islam, tapi bukan agama Islam yang melakukannya dan bukan semua umat Islam melakukannnya.Jika begitu, kita boleh katakan yang kes - kes kecurian, pembunuhan yang dilakukan oleh mereka (penganut selain Islam) adalah kerana agama mereka.Kita boleh menghina agama mereka juga bila mereka buat begitu. Tetapi, kita muslim, orang - orang yang sopan, pasti takkan buat begitu.

Ada juga buku yang khas untuk orang Kristian, tetapi di dalamnya bertulis tulisan ayat - ayat Al - Quran. Sebagai muslim, apabila kita diberi buku itu, pasti kita tak nak buang sebab kat dalam dia ada ayat Al- Quran.Betul kan?. Inilah muslim..dan mereka menggunakan kesopan - santunan muslim untuk 'menangkap ikan' masuk ke dalam agama mereka. Mereka juga menambah bermacam - macam fakta yang tak patut dalam kitab Bible. Menjadikan kitab itu susah untuk dikatakan semuanya dari Tuhan.

Dalam kitab Bible juga ada diceritakan tentang perhubungan seks. Kitab Bible -Yehezekiel bab 23. Ada banyak lagi aksi - aksi zina diceritakan dalam Injil.Sebagai contoh Bible Genesis chapter 19, ayat 31 -32..menceritakan dua orang adik beradik yang buat seks dengan bapa sendiri untuk meneruskan keturunan.Ayat dia seperti berikut -."And the firstborn said unto the younger, Our Father is old, and there is not a man in the earth to come unto us after the manner of all the earth: (32) come let us make our father drink wine, and we will lie with him, that we may preserve seed of our father." Lihat ada arak lagi.Malah dalam Injil juga ada mengajarkan arak itu boleh diminum. Kitab yang sepatutnya memimpin manusia sudah jadi satu buku cerita kerana campur tangan manusia.Cuba fikir..takkanlah Allah yang menyuruh manusia melakukan kesalahan dan kehancuran kepada diri sendiri dengan menurunkan ayat -ayat sedemikian. Sangat jelas ada tangan manusia yang telah sama campur dalam kitab Allah yang diturunkan khas untuk umat Israel melalui Jesus itu.

Bible telah diberadakan sebanyak 24,000 naskhah dan tiada satu naskhah pun yang serupa isinya di antara satu dengan yang lain..jadi, setelah begitu jadinya, bagaimana nak tahu yang bible yang mereka pegang adalah ayat - ayat Tuhan?.Itulah yang dikatakan menzalimi diri sendiri. Tuhan turunkan kitab Injil yang suci, pergi tambah sana tambah sini dan sekarang dah confuse mana satu yang harus diikut.Mereka menerbitkan Kitab Bible mengikut versi..example.King James Version , Revise Standard Version and etc. dan setiap satunya berlainan isi - isinya. Kalau Quran, kita tak terbitkanya dalam bentuk versi, tapi dalam bentuk alih bahasa, tiada penambahan dan pengurangan ayat - ayat Tuhan. Tak percaya?. Bandingkan kitab Al-Quran kita dengan kitab Al- Quran yang lain. Isinya tetap sama..kerana Allah telah berjanji yang Dia akan preserve ayat - ayat dia dalam Quran hingga akhir waktu.Not to worry..

No comments: