Ex-H5p2-ianS

Camera..ACTION!!!

Friday, June 24, 2005

Alamak dah nak masuk hutan

Assalammualaikum.

Sekarang orang dah dekat Sabah. Sejak dari hari Rabu hari tu.Mmm...kejap je dah ari Jumaat ek.Esok aku dah nak kena masuk hutan la.Untuk dua minggu lagi tu.Aku jadi ketua kepada 6 gurlz.Huh...Harap-harap diorang tak demand.Minta aku buat itu dan ini.Tapi kan, dalam kumpulan aku tu ada seorang budak Cina lelaki.Aku menyampah betul la dengan dia ni.Buat tu salah,buat ni salah.Bila aku suruh jadi ketua dia tak mau.Pastu memanjang panggil aku bodoh.Yelah...pointer dia kan lagi tinggi daripada aku.Dia 3 pointer..aku lak drop sket.Geram betul aku.Tapi takpe.Kita tengok nanti sape yang bodoh.Org yang cakap besar takkan berjaya punya selamanya.Chewah...dendam macam Pontianak Harum Sundal Malam la plak.

Sorilah sebab tidak dapat menghadirkan diri untuk Gathering hari tu.Aku keje.Iffy...jangan kecewa huh?.

Mya,
Memandai je cakap aku psiko ko untuk beli handphone Samsung.Mana ada ?....Kang tak pasal-pasal ayah ko marah, aku yang kena.. Bagus ko keje dan kau dapat duit sendiri pastu ko nak beli belilah..sebab orang takkan mempersoalkan handphone yang ko beli nanti.Sebab duit tu duit kau.Kan?.Semua budak yang bukan perhutanan cakap yang course aku ni best..sebab banyak jalan.Tapi sebenarnya aku dah penat nak masuk hutan.Huhuhu.Pasal benda indah yang orang lain takde peluang nak tengok tu...bergantung pada nasiblah.Kalau Allah SWT nak tunjuk, dia pasti akan tunjuk la..waktu tu baru aku rasa yang kem perhutanan ini best sesangat.Tapi dalam kem hutan troop pertama, aku dengar macam-macam cerita yang kurang enak.Contohnya apa yang berlaku kat pembantu makmal aku, En.David

Cite nya macam ni..dia tengah baring atas katil nak tidur la..tetiba dia terdengar suara orang bercakap tapi dalam keadaan yang sangat sedih lagi memilukan.Bila dia buka mata, kat hujung katil dia,dia nampak kepala orang kerdil tengah berjalan lintas hujung katil dia tu.Dia cuba tengok tapi nampak bahagian hujung kepala je.Lepas tu benda tu lenyap.

Kawan aku pun ada gak kena.Dia kata dia nampak bayang-bayang hitam waktu dia tengah rileks dalam khemah.Aku harap-harap aku dengan kumpulan aku dijauhkan dari kecelakaan seperti itu.Taku sangat..Tu je la kot yang aku nak cerita...Oklah jumpa lagi.Korang doakan aku ok.MUDAH-MUDAHAN AKU DAN KUMPULAN AKU AKAN MELALUI SATU PERKHEMAHAN YANG MENGASYIKKAN LAGI MENGGEMBIRAKAN.DAN AKU AKAN MENJADI KETUA YANG BAGUS LAGI MEMBANGGAKAN.Amin....Tolong aminkan sekali ya...

Saturday, June 11, 2005

Da jia, Du Buqi, Wo Bu Hui Lai Jian Nimen :(

aSSalammualaikum

Sorry la, aku tak dapat datang gathering sebab aku tak dapat cuti.Syarikat tempat aku kerja tu tak ambil cuti sebab dia bukan syarikat kerajaan,pepun aku enjoy kerja dekat situ.

Ayien..
Baguslah kau masih ingat aku.Aku pun sebenarnya tak nak kacau kau sebab kau kata hari itu kau tengah latihan Industri kan?.So do your best. Ingatlah bahawa orang yang tangan kidal itu sungguh istimewa,baik hati dan pandai kerana menggunakan kedua-dua bahagian otak,jangan lah berasa sedih dengan kekurangan ko tuh.Ok?.Aku tak jumpa pun ahli Kitab tu.Aku bertekak dengan dia dalam e-mel and sms.Tapi aku rasa bodoh betul sebab aku bertekak dengan orang yang tak mungkin mahu faham apa yang aku sampaikan.Hahaha.Aku tahu mereka sayang agama mereka sebagaimana kita semua sayang dengan agama kita.Betul tak?.Dah la.Biar para da'i (pendakwah) la yang wat keje sampai-menyampai.Aku pun bukannya banyak sangat ilmu di dada untuk menyeru orang.Diri sendiri masih terumbang-ambing.

IFFY...
Aku tak dapat pun ko punya Nimbus 2000.Aku tunggu gak tapi tak gak sampai.Jadi akupun pegilah keje.Chewah.Aku sebenarnya tak suka hutan.Penat kau tahu..dok kat hutan.Lagipun aku dah cakap aritu yang aku malas nak balik awal.Aku harap sangat ganti dengan benda lain dan bukannya kem hutan.Tak semestinya sekolah perhutanan mesti terikat dengan hutan aja.Boring la.Dah brape kali ntah masuk and yang ini paling lama lak tu..2 minggu.

Tapi kan,ada satu peristiwa pelik yang aku dapat waktu aku pergi Banjaran Crocker sem lepas.Kat puncak Banjaran tu sangatlah sejuk.Berkabus.Tak kiralah malam ke siang.Kau tak nak mandi pun tak pe..
Di pendekkan cerita, kami ke sana untuk megkaji taburan kupu-kupu malam kat situ.So,lecturer pun bagi la dalam masa 30 minit pada waktu malam untuk tangkap seberapa banyak kupu-kupu yang ada dan bunuh dia dengan alkohol.

Lepas dah tangkap tu,kitaorang pun berkumpul la kat satu tempat dan stat mengira kupu-kupu itu.Tiba-tiba pembantu makmal yang ikut kami sekali pun panggil.Dia kata dia ada tangkap seekor kupu-kupu yang ada tulisan Jawi dekat kepak dia.Aku pun apa lagi,pergi la tengok.Terperanjatnya aku, kat kepak kupu-kupu tu ada tulisan khat 'ALLAH" dalam bahasa Arab.Terkedu aku tengok.Bukan aku sorang je.Ramai yang tengok.Cantik kau tahu,tulisan tu.Kat dua-dua belah kepak lak tu.Budak cina ada yang tengok tapi tak faham.Budak Kristian yang tengok,faham la mereka.

Sayang aku tak da kamera dan tak da sorang budak kat situ yang ada bawak kamera.Semua tinggal kat khemah and dorang takut nak amik.Aku sedih betul tak dapat nak tnjukkan kat keluarga dan rakan-rakan aku.Pembantu makmal tu bawak balik makmal tapi lupa masukkan dalam oven.Jadi benda tu hancur camtu je.Waktu aku jumpa pembantu tu sebab nak tangkap gambar,dia kata benda tu dah takde.Aku sedih la.Mungkin ada hikmah Dia hanya membenarkan kami melihat kejadian itu dan tak mahu ia tersebar.Entahlah.

Aku lihat peristiwa itu ada banyak hikmahnya.Pertama,cuba fikir,nape Allah 'tulis' nama Dia dalam bahasa Arab dan dalam seni khat?.Dia mahu menunjukkan Al-Quran itu benar dan datang darinya.Ini kerana Al-Quran adalah satu-satunya kitab samawi yang turun dalam bahasa Arab dan hanya umat Islam sahaja yang mahir dalam seni khat ini.Kedua, Dia nak tunjukkan yang Dia itu wujud.

Sejak dari itu,aku sangat rasa bertuah kerana dapat tengok benda ni depan-depan mata.Cuma sedikit terkilan tak dapat nak simpankannya menjadi kenangan selamanya dan sebagai penguat kepercayaan aku dan rakan-rakan aku kepada Tuhan dan agama Islam.

Malam tu juga kawan aku nampak pontianak...Bersambung...

Saturday, June 04, 2005

nO tItLE

aSSalammualaikum.
Hai.Thank You Iffy for missing me like a rose...Hem pelik juga Ayein tak plak bagi komen kat mesej aku sebelum nih.Mya pun tak balas.Nape ek?.Agaknya mesej aku tak brape best kot.Takpela.Apa nak buat.

Sorry to say yang hari itu aku tak dapat hadiri Reunion H5P2 sebab aku ada hal,kena teman keluarga aku balik Johor Bharu sebab akak sedara aku nak kahwin.Tapi last-last tak jadi balik plak sebab kami ada hal lain.Maklumlah kita ini hanya mampu merancang.Betul tak?.

Ala...Bencinya bila fikir yang aku akan kena balik sabah pada 22jun ni.Aku harap sangat kem Hutan tu batal ke ape.Menyampah aku nak masuk hutan.Dari kisah rakan-rakan aku,mereka kata mereka merana sangat sebab kena masuk hutan dua minggu.Aku menyesal la sebenarnya accaept cos ni.Patutnya dulu aku mohon tukar cos.Tapi nak wat camana.Aku dah ditakdirkan untuk berdampingan dengan hutan itu.WOO...Sedihnya