Ex-H5p2-ianS

Camera..ACTION!!!

Friday, June 24, 2005

Alamak dah nak masuk hutan

Assalammualaikum.

Sekarang orang dah dekat Sabah. Sejak dari hari Rabu hari tu.Mmm...kejap je dah ari Jumaat ek.Esok aku dah nak kena masuk hutan la.Untuk dua minggu lagi tu.Aku jadi ketua kepada 6 gurlz.Huh...Harap-harap diorang tak demand.Minta aku buat itu dan ini.Tapi kan, dalam kumpulan aku tu ada seorang budak Cina lelaki.Aku menyampah betul la dengan dia ni.Buat tu salah,buat ni salah.Bila aku suruh jadi ketua dia tak mau.Pastu memanjang panggil aku bodoh.Yelah...pointer dia kan lagi tinggi daripada aku.Dia 3 pointer..aku lak drop sket.Geram betul aku.Tapi takpe.Kita tengok nanti sape yang bodoh.Org yang cakap besar takkan berjaya punya selamanya.Chewah...dendam macam Pontianak Harum Sundal Malam la plak.

Sorilah sebab tidak dapat menghadirkan diri untuk Gathering hari tu.Aku keje.Iffy...jangan kecewa huh?.

Mya,
Memandai je cakap aku psiko ko untuk beli handphone Samsung.Mana ada ?....Kang tak pasal-pasal ayah ko marah, aku yang kena.. Bagus ko keje dan kau dapat duit sendiri pastu ko nak beli belilah..sebab orang takkan mempersoalkan handphone yang ko beli nanti.Sebab duit tu duit kau.Kan?.Semua budak yang bukan perhutanan cakap yang course aku ni best..sebab banyak jalan.Tapi sebenarnya aku dah penat nak masuk hutan.Huhuhu.Pasal benda indah yang orang lain takde peluang nak tengok tu...bergantung pada nasiblah.Kalau Allah SWT nak tunjuk, dia pasti akan tunjuk la..waktu tu baru aku rasa yang kem perhutanan ini best sesangat.Tapi dalam kem hutan troop pertama, aku dengar macam-macam cerita yang kurang enak.Contohnya apa yang berlaku kat pembantu makmal aku, En.David

Cite nya macam ni..dia tengah baring atas katil nak tidur la..tetiba dia terdengar suara orang bercakap tapi dalam keadaan yang sangat sedih lagi memilukan.Bila dia buka mata, kat hujung katil dia,dia nampak kepala orang kerdil tengah berjalan lintas hujung katil dia tu.Dia cuba tengok tapi nampak bahagian hujung kepala je.Lepas tu benda tu lenyap.

Kawan aku pun ada gak kena.Dia kata dia nampak bayang-bayang hitam waktu dia tengah rileks dalam khemah.Aku harap-harap aku dengan kumpulan aku dijauhkan dari kecelakaan seperti itu.Taku sangat..Tu je la kot yang aku nak cerita...Oklah jumpa lagi.Korang doakan aku ok.MUDAH-MUDAHAN AKU DAN KUMPULAN AKU AKAN MELALUI SATU PERKHEMAHAN YANG MENGASYIKKAN LAGI MENGGEMBIRAKAN.DAN AKU AKAN MENJADI KETUA YANG BAGUS LAGI MEMBANGGAKAN.Amin....Tolong aminkan sekali ya...

No comments: