Ex-H5p2-ianS

Camera..ACTION!!!

Sunday, July 24, 2005

The cutest among them all...

Assalammualaikum,

Iffy tanya orang sape yang paling comel kan?...Jawapannya...Iffy la...2nd is Afid.Afid muka dah tembam sikit la.Ayien not bad.Lagi sorang tuh...alamak tak ingat plak gambar tadi.Takpe la.Sebenarnya semuanya cute sebab sumenya kawan aku.Tapi muka iffy lain la.Macam patung Jepun pun ada gak.

Afid: Sori aku tak dapat balas mesej ko hari itu. Untuk pengetahuan kau, mula - mula aku masuk dalam hutan tu, aku rasa tension giler. Aku tension sebab ahli kumpulan aku ramai Cina, pastu bila diorang berbual dalam bahasa Mandarin, aku tak boleh nak faham, dh tu bila diorang sebut nama aku waktu diorang berbual dalam Mandarin ,aku rasa diorang ni mengata aku. Tension sangat dan sangat susah nak berkomunikasi dengan diorang. Ramai kawan - kawan aku notice yang muka aku sedih je. Memang aku cuba nak enjoy tapi aku tak dapat nak buat macam tu sebab keadaan waktu tu sangat menekan. Memang aku tak nafikan. Aktiviti -aktiviti yang disediakan memang sangat bes dan setiap hari ada sahaja benda baru yang aku dan kawan2 belajar.Sampai kau tak rasa yang ko dah berada dalam hutan tu selama 2 minggu.
Bila masuk inggu ke dua, aku dah mula boleh cope up dengan keadaan kat hutan. Aku dah rasa gembira sebab dah jadi macam rutin harian aku pula. Rasa sayang sangat nak tinggalkan hutan tu kerana dalam hutan ko sangat free dari masalah kat luar.Kau tak payah nak fikir banyak benda yang memeningkan kepala kau. Aku mula enjoy tapi hubungan aku dengan ahli kumpulan aku semakin renggang. Diorang bengang dengan aku sebab aku ni memanjang blur je. Masalahnya sekarang bila diorang berbual akupun blur je.So macam mana aku tak blur?.Tapi, malaslah nak cerita pasal tu..dah lepas pun.
Apa - apa pun memang best gila dan aku tak menyesal dah sebab mengikuti perkhemahan tersebut dan memilih Sains Pehutanan sebagai my course.

About Akademi Fantasia...kalau la korang tengok...aku tengok tapi dalam hutan dua minggu aku tak tengok tv melainkan bila diorang bawak kami keluar untuk sembahyang Jumaat.Aku minat dengan Amylea dan Mawi. Amylea sangat talented ada aura tersendiri dan Mawi ada gaya tersendiri beb.Aku rasa mawi sangat jujur sebab kalau korang tengok, walaupun dia tak pandai menari, dia buat je,tak kisahlah aksi yang dia buat tu buruk ke tak..suara pun mantap..ala- ala Arab. Aku bengang sket kat Keifli sebab dia tak keluar - keluar padahal entah apa - apa dia nyanyi ntah. Tak sedap pun suara dia. Seperti para juri cakap, di sebenarnya diselamatkan oleh kecomelannya dan bukan bakatnya.Aku rasa Iffy kalau masuk pun ok kot. Rasanya Iffy pun pandai nyanyi.

Pasal projek tahu akhir pula.Sekarang aku baru pada peringkat proposal. 8 Ogos ni sekolah aku akan buat pembentangan PROPOSAL. Aku pilih tajuk Rawatan Minyak ke atas buluh yang dapat mempengaruhi kekuatan buluh tersebut.Interesting. Nampak macam mudah tapi sebenarnya agak susah dan makan banyak masa.Sekarangpun aku baru je nak cari maklumat pasal buluh. Insya Allah takde apa - apa yang buruk menghalang aku daripada mencapai matlamat aku.Korang jangan lupa doakan aku dan kejayaan korang serta kejayaan rakan - rakan yang lain ok?

Eh oklah, aku kena berhenti sekarang. Ada bnyak lagi kerja lain yang perlu aku buat.Maaf lah sebab aku tak dapat berbual panjang dengan korang.

1 comment:

Anonymous said...

apa daa izran.. aku paling cute time tu la.. ade ke pilih iffy.. :P