Ex-H5p2-ianS

Camera..ACTION!!!

Tuesday, August 09, 2005

Hai...

Assalammualaikum..

Iffy..bengangnya,tetiba je komputer kat makmal komputer sekolah orang tak leh nak buka FRIENDSTER.Dapat buka kejap, pastu terpadam sendiri, com lain penuh la plak.takpela,.. orang antar mesej kat sini la..orang tak sempat nak add iffy dalam friend list..sorry.Lain kali kite cuba lagi ler..

Minggu depan mungkin pembentangan proposal, tadi supervisor kata proposal tak banyak salah, gembiranya rasa, berbaloi betul penat lelah ni.Budget tesis kira - kira banyak gak la.So sekarang memasak la plak kat dalam asrama.hehe.Jadi chef la.Jimat sket duit ni..

Friday, August 05, 2005

Hai...hai..hai..

Waa.. muka Ina macam biasa blur je.Muka ana cutenya..Tu je lah aku nak komen..aku dah cuba dah kat Friendster and aku dah dapat log in tapi pelik awat tak dapat nak hantar testimonial.

Friday, July 29, 2005

Wo xiang nian ni hao xiang yi dui hua..

Assalammualaikum semua...

Iffy: Kalau dalam Mandarin, Izran tahu macam mana nak cakap saya rindukan kamu bagaikan sekuntum bunga..Wo(Saya) xiang nian(merindui) ni(kamu) hao xiang(seperti) yi(satu) dui(kuntum) hua( bunga).Hehe..Kalau Korea or Spanish...sorry, I dun know..

Afid: Ala, malu - malu lak bila orang puji kau comel..Kalau kat sini( UMS)..budak KMPP yang paling comel ialah Muzaimah Musa...aku suka tengok muka dia..macam doktor pun ada, macam pensyarah pun ada, macam saintis pun ada, macam ustazah pun ada...hehe..Alamak! mesti marah pakwe dia nanti...takut lah aku..tapi nak buat macam mana, itulah kenyataannya. Mudah - mudahan dapatlah dia jadi saintis sains kayu.Banyak buat duit tu...SORRY YE ZAI, AKU PUJI KAU JE, BUKAN NAK JAGA TEPI KAIN KO....

Sekarang aku sangat busy dengan kerja, tinggal lagi satu minggu je untuk kami semua buat pembentangan proposal..Sekarang berjalan lancarlah...harap - harap takde apa yang buruk berlaku apabila hari yang sebenarnya tiba..

Aku juga ada dapat e - mel ni...dan aku yakin kesahihannya..Korang gak boleh baca dalam buku Sheikh Ahmad Deedat- Muhammad S.A.W Pengganti Alamiah Christ( Jesus)..Siri Dialog Islam dan Kristian...The Choice..

IF you are a Christian, think and read your Bible carefully. You will see that Jesus has given us signs about the Last Prophet that will come after Him.One of the signs is:

Jesus said "Howbeit when HE,The Spirit Of Truth is come, He will guide you into all truth : For He shall not speak of HIMSELF, but whatsoever HE shall hear that shall HE speak: and HE'll show you things to come " (Bible John 16:13)

See...the Spirit of Truth is a man. Got 7 words of HE and Himself. Who is the man that will come after Jesus?.Of course Muhammad S.A.W .He brought together with him, The Last Holy Book, The Truth, The Holy Quran.So, what are you waiting for?.Jesus said follow the Spirit of Truth that will come after him.Now the Spirit of Truth( The Last Prophet, Muhammad) already came.So, act now....Make Islam as your religion

Ok lah...kawan - kawan tu saje yang dapat aku kongsikan dengan korang semua. Aku sangat penat sekarang. Bukan sebab Kem Perhutanan. Sebenarnya aku menyesal gak sebab aku cuma mula enjoy pada minggu ke dua Kem tu.. :( . Padahal sangat perfect kem tu.Aku je bodoh pergi lunturkan semangat aku awal - awal...MENYESALNYA...

Wednesday, July 27, 2005

muahahah...cute?!!!!

adoi...malu gue lu kate gue comel!!! haks....thanx ek walaupun jatuh tangga ke2 lps iffy...tp ko x tgk ina n ana gak...comel tahap dewa tau!!! yg sorg kumbang lg tu no komen...biar la ke dia...tak puji kang sian plak...die je yg datang berbandingkan 4 org kumbang yang lain tuh!! kira a rose among thorns ar...x pasal2 kitaorg yg cun ni kna jd thorns!!!! hahahah =P

btw izran...kan betiu aku ckp ko mesti njoynyer dapat masuk hutan...aku pun ske masuk hutan gak cuma ketahanan fizikal n the fact dat bapa aku x kasi yg menyekat aku join venture ikut bdk2 kolej aku panjat gunung n masuk hutan....

nanti sambung lg ha...kna p kuliah!!!
hahah..

adios...hasta luego!!!
p/s: blaja sepanyol skrg!!! heheh

Sunday, July 24, 2005

The cutest among them all...

Assalammualaikum,

Iffy tanya orang sape yang paling comel kan?...Jawapannya...Iffy la...2nd is Afid.Afid muka dah tembam sikit la.Ayien not bad.Lagi sorang tuh...alamak tak ingat plak gambar tadi.Takpe la.Sebenarnya semuanya cute sebab sumenya kawan aku.Tapi muka iffy lain la.Macam patung Jepun pun ada gak.

Afid: Sori aku tak dapat balas mesej ko hari itu. Untuk pengetahuan kau, mula - mula aku masuk dalam hutan tu, aku rasa tension giler. Aku tension sebab ahli kumpulan aku ramai Cina, pastu bila diorang berbual dalam bahasa Mandarin, aku tak boleh nak faham, dh tu bila diorang sebut nama aku waktu diorang berbual dalam Mandarin ,aku rasa diorang ni mengata aku. Tension sangat dan sangat susah nak berkomunikasi dengan diorang. Ramai kawan - kawan aku notice yang muka aku sedih je. Memang aku cuba nak enjoy tapi aku tak dapat nak buat macam tu sebab keadaan waktu tu sangat menekan. Memang aku tak nafikan. Aktiviti -aktiviti yang disediakan memang sangat bes dan setiap hari ada sahaja benda baru yang aku dan kawan2 belajar.Sampai kau tak rasa yang ko dah berada dalam hutan tu selama 2 minggu.
Bila masuk inggu ke dua, aku dah mula boleh cope up dengan keadaan kat hutan. Aku dah rasa gembira sebab dah jadi macam rutin harian aku pula. Rasa sayang sangat nak tinggalkan hutan tu kerana dalam hutan ko sangat free dari masalah kat luar.Kau tak payah nak fikir banyak benda yang memeningkan kepala kau. Aku mula enjoy tapi hubungan aku dengan ahli kumpulan aku semakin renggang. Diorang bengang dengan aku sebab aku ni memanjang blur je. Masalahnya sekarang bila diorang berbual akupun blur je.So macam mana aku tak blur?.Tapi, malaslah nak cerita pasal tu..dah lepas pun.
Apa - apa pun memang best gila dan aku tak menyesal dah sebab mengikuti perkhemahan tersebut dan memilih Sains Pehutanan sebagai my course.

About Akademi Fantasia...kalau la korang tengok...aku tengok tapi dalam hutan dua minggu aku tak tengok tv melainkan bila diorang bawak kami keluar untuk sembahyang Jumaat.Aku minat dengan Amylea dan Mawi. Amylea sangat talented ada aura tersendiri dan Mawi ada gaya tersendiri beb.Aku rasa mawi sangat jujur sebab kalau korang tengok, walaupun dia tak pandai menari, dia buat je,tak kisahlah aksi yang dia buat tu buruk ke tak..suara pun mantap..ala- ala Arab. Aku bengang sket kat Keifli sebab dia tak keluar - keluar padahal entah apa - apa dia nyanyi ntah. Tak sedap pun suara dia. Seperti para juri cakap, di sebenarnya diselamatkan oleh kecomelannya dan bukan bakatnya.Aku rasa Iffy kalau masuk pun ok kot. Rasanya Iffy pun pandai nyanyi.

Pasal projek tahu akhir pula.Sekarang aku baru pada peringkat proposal. 8 Ogos ni sekolah aku akan buat pembentangan PROPOSAL. Aku pilih tajuk Rawatan Minyak ke atas buluh yang dapat mempengaruhi kekuatan buluh tersebut.Interesting. Nampak macam mudah tapi sebenarnya agak susah dan makan banyak masa.Sekarangpun aku baru je nak cari maklumat pasal buluh. Insya Allah takde apa - apa yang buruk menghalang aku daripada mencapai matlamat aku.Korang jangan lupa doakan aku dan kejayaan korang serta kejayaan rakan - rakan yang lain ok?

Eh oklah, aku kena berhenti sekarang. Ada bnyak lagi kerja lain yang perlu aku buat.Maaf lah sebab aku tak dapat berbual panjang dengan korang.

Thursday, July 14, 2005

hehhe...me a REBEL?...definitely!!!

Who Were You in High School?
Phid, you were a Rebel

Whatever. From what we can tell, it's no surprise you were such a rebel in high school. Let's see, rules were meant to be broken and authority was supposed to be ignored, right? Spend a lot of time in detention? If not, it probably just meant you were wily enough to get away with it.Sure, these days, the old piercings may have filled in and the tattoos might be faded, but you've still got a bit of the bad apple in you. With a healthy disdain for regulations, rebels are often happiest working as their own boss. Be it president of your own company, drummer in a band, or just suburban super dad/soccer mom, you still play by your own rules and you've got the speeding tickets to prove it.
A funny person like you sure knows how to have a good time.

p/s: mmg betul pun..percaya x kalu afy citer pnah kna tangkap ponteng klass n kna p bilik kaunseling?!!! idup school rules-breakers!! hehhehe =P ...parents x thn..kna la masuk satu school ngan mom..bermula la era budak skema...huhuhuhu...sedey2


eheheh...jeles asyik iffy je yg post!!! sronok dpt masuk balik blogger ni..kat umah asyik hang!!!!
btw, how's life guys?!!
me no good...dapat dok kat top floor...skali nagn ina tp x sebilik...pnat woo menapak tiap2 ari..dah sampai bilik x kuar dah....tp cun woo view dari atas...nampak klcc n nite life kat kl..kelip2 (cam iklan pampers tuh!!)!!!

skang ni tgh lepak2 lg ar..tajuk tesis n projek x dpt lagi...kna incharge nak ragging bebudak junior kat blok lg...kra quite bz ar sem ni...dh final year beb!! rasa cam baru je lg masuk upm yg tercinta nih!!! huhuhuhu

k la geng..all da best to u all n njoy ur campus life while u still can..

btw iffy, gudluck gurl!!!

Friday, June 24, 2005

Alamak dah nak masuk hutan

Assalammualaikum.

Sekarang orang dah dekat Sabah. Sejak dari hari Rabu hari tu.Mmm...kejap je dah ari Jumaat ek.Esok aku dah nak kena masuk hutan la.Untuk dua minggu lagi tu.Aku jadi ketua kepada 6 gurlz.Huh...Harap-harap diorang tak demand.Minta aku buat itu dan ini.Tapi kan, dalam kumpulan aku tu ada seorang budak Cina lelaki.Aku menyampah betul la dengan dia ni.Buat tu salah,buat ni salah.Bila aku suruh jadi ketua dia tak mau.Pastu memanjang panggil aku bodoh.Yelah...pointer dia kan lagi tinggi daripada aku.Dia 3 pointer..aku lak drop sket.Geram betul aku.Tapi takpe.Kita tengok nanti sape yang bodoh.Org yang cakap besar takkan berjaya punya selamanya.Chewah...dendam macam Pontianak Harum Sundal Malam la plak.

Sorilah sebab tidak dapat menghadirkan diri untuk Gathering hari tu.Aku keje.Iffy...jangan kecewa huh?.

Mya,
Memandai je cakap aku psiko ko untuk beli handphone Samsung.Mana ada ?....Kang tak pasal-pasal ayah ko marah, aku yang kena.. Bagus ko keje dan kau dapat duit sendiri pastu ko nak beli belilah..sebab orang takkan mempersoalkan handphone yang ko beli nanti.Sebab duit tu duit kau.Kan?.Semua budak yang bukan perhutanan cakap yang course aku ni best..sebab banyak jalan.Tapi sebenarnya aku dah penat nak masuk hutan.Huhuhu.Pasal benda indah yang orang lain takde peluang nak tengok tu...bergantung pada nasiblah.Kalau Allah SWT nak tunjuk, dia pasti akan tunjuk la..waktu tu baru aku rasa yang kem perhutanan ini best sesangat.Tapi dalam kem hutan troop pertama, aku dengar macam-macam cerita yang kurang enak.Contohnya apa yang berlaku kat pembantu makmal aku, En.David

Cite nya macam ni..dia tengah baring atas katil nak tidur la..tetiba dia terdengar suara orang bercakap tapi dalam keadaan yang sangat sedih lagi memilukan.Bila dia buka mata, kat hujung katil dia,dia nampak kepala orang kerdil tengah berjalan lintas hujung katil dia tu.Dia cuba tengok tapi nampak bahagian hujung kepala je.Lepas tu benda tu lenyap.

Kawan aku pun ada gak kena.Dia kata dia nampak bayang-bayang hitam waktu dia tengah rileks dalam khemah.Aku harap-harap aku dengan kumpulan aku dijauhkan dari kecelakaan seperti itu.Taku sangat..Tu je la kot yang aku nak cerita...Oklah jumpa lagi.Korang doakan aku ok.MUDAH-MUDAHAN AKU DAN KUMPULAN AKU AKAN MELALUI SATU PERKHEMAHAN YANG MENGASYIKKAN LAGI MENGGEMBIRAKAN.DAN AKU AKAN MENJADI KETUA YANG BAGUS LAGI MEMBANGGAKAN.Amin....Tolong aminkan sekali ya...

Saturday, June 11, 2005

Da jia, Du Buqi, Wo Bu Hui Lai Jian Nimen :(

aSSalammualaikum

Sorry la, aku tak dapat datang gathering sebab aku tak dapat cuti.Syarikat tempat aku kerja tu tak ambil cuti sebab dia bukan syarikat kerajaan,pepun aku enjoy kerja dekat situ.

Ayien..
Baguslah kau masih ingat aku.Aku pun sebenarnya tak nak kacau kau sebab kau kata hari itu kau tengah latihan Industri kan?.So do your best. Ingatlah bahawa orang yang tangan kidal itu sungguh istimewa,baik hati dan pandai kerana menggunakan kedua-dua bahagian otak,jangan lah berasa sedih dengan kekurangan ko tuh.Ok?.Aku tak jumpa pun ahli Kitab tu.Aku bertekak dengan dia dalam e-mel and sms.Tapi aku rasa bodoh betul sebab aku bertekak dengan orang yang tak mungkin mahu faham apa yang aku sampaikan.Hahaha.Aku tahu mereka sayang agama mereka sebagaimana kita semua sayang dengan agama kita.Betul tak?.Dah la.Biar para da'i (pendakwah) la yang wat keje sampai-menyampai.Aku pun bukannya banyak sangat ilmu di dada untuk menyeru orang.Diri sendiri masih terumbang-ambing.

IFFY...
Aku tak dapat pun ko punya Nimbus 2000.Aku tunggu gak tapi tak gak sampai.Jadi akupun pegilah keje.Chewah.Aku sebenarnya tak suka hutan.Penat kau tahu..dok kat hutan.Lagipun aku dah cakap aritu yang aku malas nak balik awal.Aku harap sangat ganti dengan benda lain dan bukannya kem hutan.Tak semestinya sekolah perhutanan mesti terikat dengan hutan aja.Boring la.Dah brape kali ntah masuk and yang ini paling lama lak tu..2 minggu.

Tapi kan,ada satu peristiwa pelik yang aku dapat waktu aku pergi Banjaran Crocker sem lepas.Kat puncak Banjaran tu sangatlah sejuk.Berkabus.Tak kiralah malam ke siang.Kau tak nak mandi pun tak pe..
Di pendekkan cerita, kami ke sana untuk megkaji taburan kupu-kupu malam kat situ.So,lecturer pun bagi la dalam masa 30 minit pada waktu malam untuk tangkap seberapa banyak kupu-kupu yang ada dan bunuh dia dengan alkohol.

Lepas dah tangkap tu,kitaorang pun berkumpul la kat satu tempat dan stat mengira kupu-kupu itu.Tiba-tiba pembantu makmal yang ikut kami sekali pun panggil.Dia kata dia ada tangkap seekor kupu-kupu yang ada tulisan Jawi dekat kepak dia.Aku pun apa lagi,pergi la tengok.Terperanjatnya aku, kat kepak kupu-kupu tu ada tulisan khat 'ALLAH" dalam bahasa Arab.Terkedu aku tengok.Bukan aku sorang je.Ramai yang tengok.Cantik kau tahu,tulisan tu.Kat dua-dua belah kepak lak tu.Budak cina ada yang tengok tapi tak faham.Budak Kristian yang tengok,faham la mereka.

Sayang aku tak da kamera dan tak da sorang budak kat situ yang ada bawak kamera.Semua tinggal kat khemah and dorang takut nak amik.Aku sedih betul tak dapat nak tnjukkan kat keluarga dan rakan-rakan aku.Pembantu makmal tu bawak balik makmal tapi lupa masukkan dalam oven.Jadi benda tu hancur camtu je.Waktu aku jumpa pembantu tu sebab nak tangkap gambar,dia kata benda tu dah takde.Aku sedih la.Mungkin ada hikmah Dia hanya membenarkan kami melihat kejadian itu dan tak mahu ia tersebar.Entahlah.

Aku lihat peristiwa itu ada banyak hikmahnya.Pertama,cuba fikir,nape Allah 'tulis' nama Dia dalam bahasa Arab dan dalam seni khat?.Dia mahu menunjukkan Al-Quran itu benar dan datang darinya.Ini kerana Al-Quran adalah satu-satunya kitab samawi yang turun dalam bahasa Arab dan hanya umat Islam sahaja yang mahir dalam seni khat ini.Kedua, Dia nak tunjukkan yang Dia itu wujud.

Sejak dari itu,aku sangat rasa bertuah kerana dapat tengok benda ni depan-depan mata.Cuma sedikit terkilan tak dapat nak simpankannya menjadi kenangan selamanya dan sebagai penguat kepercayaan aku dan rakan-rakan aku kepada Tuhan dan agama Islam.

Malam tu juga kawan aku nampak pontianak...Bersambung...

Saturday, June 04, 2005

nO tItLE

aSSalammualaikum.
Hai.Thank You Iffy for missing me like a rose...Hem pelik juga Ayein tak plak bagi komen kat mesej aku sebelum nih.Mya pun tak balas.Nape ek?.Agaknya mesej aku tak brape best kot.Takpela.Apa nak buat.

Sorry to say yang hari itu aku tak dapat hadiri Reunion H5P2 sebab aku ada hal,kena teman keluarga aku balik Johor Bharu sebab akak sedara aku nak kahwin.Tapi last-last tak jadi balik plak sebab kami ada hal lain.Maklumlah kita ini hanya mampu merancang.Betul tak?.

Ala...Bencinya bila fikir yang aku akan kena balik sabah pada 22jun ni.Aku harap sangat kem Hutan tu batal ke ape.Menyampah aku nak masuk hutan.Dari kisah rakan-rakan aku,mereka kata mereka merana sangat sebab kena masuk hutan dua minggu.Aku menyesal la sebenarnya accaept cos ni.Patutnya dulu aku mohon tukar cos.Tapi nak wat camana.Aku dah ditakdirkan untuk berdampingan dengan hutan itu.WOO...Sedihnya

Sunday, May 29, 2005

I am back

Assalammualaikum semua.
Ini Izran.Thank you to Mya coz ajar orang macammana nak antar mesej kat tempat ni.
Sekarang ni orang tengah cuti tiga bulan.Sekarang tengah kerja sambilan kat sebuah syarikat certifikasi antarabangsa sebagai seorang scanner dan kerani sahaja.Best la keje.Kalau kita belajar,kita penat menghadap buku.Tension gak.Duit lak makin kureng.Bila keje dapat duit gaji,rasa macam best pulak.Aku keje sampai 16 June je.Sebenarnya U aku buka pada Julai tapi disebabkan aknu dapat cos Sains Perhutanan Tropika Antarabangsa kat UMS, jadi aku kena balik awal sebab nak kena masuk hutan untuk Kem Hutan tahun akhir.Bengang betullah.Harapan aku kem hutan itu ditiadakan.Bolehlah aku terus bekerja sampai buka U nanti.

Ni masuk hutan apa pun tak dapat.Dah la dua minggu pulak tu.Tension.

Sekarang ni aku gila cerita Korea.Drama bersiri Korea yang aku gilakan sekarang ialah Stairway To Heaven.Alamak sedihnya aku tengok cerita tu.Rasa macam nak nangis lak.Tapi disebabkan perasaan malu.Takde la aku nak nangis.Korang suma patut tengok la apa yang bestnya cerita itu.Aku pinjam cd dia dari jiran aku.Nak beli tak mampu la pulak.Mahal.My FAVOURITE HANDPHONE now is Samsung.Hem...aku tak sangka Samsung betul-betul best.Ringtones dia yang plifonik tu bunyinya real and aku tenang mendengarnya sebab macam ada pilhamornik okestra je dalam handphone aku.Sebelum ni aku ingat Nokia je yang best.Sekarang aku dah jatuh cinta pada Samsung lak.Apa lagi bila awek-awek and hero-hero Korea tu pakai Samsung,lagilah aku tertarik.Siti pun pakai Samsung kan.Lagi la aku bertambah gila kat Samsung.

Baru-abaru ni, aku hampir-hampir sahaja hendak disesatkan oleh penganut Kristian.Mereka cuba mengelirukan aku dengan ayat-ayat Bible yang sungguh menyesatkan.Wahai rakan-rakan, berhati-hatilah.Mereka sangat bahaya.Ingatlah bahawa mereka itu penyembah berhala,maka kita tak patut dengar cakap mereka kerana penyembah berhala la yang menjadi musuh-musuh Allah dan Rasul-RasulNya kan?.Jadi hati-hati.Memang Bible itu ada ayat-ayat yang datangnya dari Allah dan boleh ditemui dalam Quran,tapi mereka ada ubah.Apapun,kita patut menentang ajaran mereka kerana mereka menyembah berhala.Malah Jesus(Nabi Isa) pun tak pernah suruh mereka sembah dia.Maka berhati-hatilah. Bila mereka ajak ke arah agama mereka.Katakanlah tidak mahu.Kita ikut ayat ini.
Surah AL-IMRAN ayat 69

"Segolongan dari Ahli Kitab(Yahudi dan Nasrani(Kristian)) ingin menyesatkan kamu; padahal mereka tidak menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka pula tidak menyedari."

Mereka akan menyamakan agama mereka dengan agama kita sehinggakan kita akan merasakan bahawa agama kita dengan mereka lebih kurang and akan buat kita kufur dan menyembah berhala.Ini sahaja yang aku dapat bantu aku dan kawan-kawanku.
Jumpa lagi